Maulid Penyebar Cinta



Pertama ada Dia dan Ia mencipta kerana cinta kepada Zat-Nya
mereka bertasbih bertamhid ribuan tahun bersujud beribadah kepada-Nya
dan mereka diuji dengan ’sirr-Nya’  sejauh mana ketaatan dan kecintaan
ada yang keheranan ada yang ingkar  di sana timbul kecintaan dan kebencian
dari ’sirr-Nya’ diciptakan khalifah-Nya khalifah untuk alam-Nya
sujudan pertama selain dari-Nya pusat ketaatan dan kecintaan
dari situ tersebarnya kebencian bersumpah dengan Zat-Nya
ia akan menyesatkan menabur kebencian dan keingkaran
dari jiwa yang kosong dari cinta kepada-Nya khalifah saling berganti
pertembungan cinta dengan benci tidak pernah sunyi
dari Adam Sifwatullah
Nuh Nabiyullah
Ibrahim Khalilullah
Musa Kalimullah
Isa Ruhullah
setinggi salam dan tahiyat ke atas mereka
kini giliran Habib….kekasih
Habibullah…….kekasih Allah
gelaran khusus untuknya…kekasih
dari kasih kepada kekasih
dari Muhib kepada mahbub
ia adalah cinta yang menyebarkan cinta
kerana cinta kepadanya Muhib mencipta Aflaq
dengan lahirnya Habib terbit nur kecintaan
menjerit-jerit puncak kebencian
asas ajaranya adalah cinta
karena dia adalah Habib
ia menukar sahara kebencian
kepada tanah subur kecintaan
ia menyebar benih-benih kecintaan
untuk kembali kepada cinta mutlak
pencipta aflak
ia adalah syarat cinta Khaliq
siapa yang mencintainya akan dicintai Khaliq
mencintainya adalah ketaatan
ketaatan adalah mengikut
mengikut adalah mengamal
hingga ke maqam yakin
hingga tidak tersentuh oleh kebencian syaitan yang membakar
kini dia dimana-mana
kerana yang mencintainya dimana-mana
kerana yang mencintai dan yang dicintai tidak tepisah
walau dengan waktu dan tempat
selawat dan salam sering diucapakan keatasnya
menandakan tidak terputus cinta kepadanya
ia akan menyatu disanubari setiap yang ingin bersamanya
di dunia dan ahkirat
kerana ia adalah cinta yang menyebarkan cinta
syarat cinta mutlak untuk sampai kepada cinta mutlak
ribuan selawat dan tahiyat ke atasmu Kekasih
semoga cinta terbalas dan abadi
dengan cinta-mu Muhammad Al Musthafa

Related Posts:

0 Response to "Maulid Penyebar Cinta"

Post a Comment

Jangan Lupa Tinggalkan KOmentar Sahabat-Sahabat ya!
Semoga Komentar Sahabat Bisa Memberikan Inspirasi Buat Saya.